Cara sebutan dalam konteks bahasa lain چارا سبوتن دالم کونتيکﺱ بهاس لاءين Pinyin

Berikut merupakan cara menyebut bunyi-bunyi dalam pinyin melalui bandingan dengan bunyi-bunyi bahasa Melayu (melainkan dinyatakan sebaliknya, kerana bukan semua bunyi dalam bahasa Mandarin wujud dalam bahasa Melayu).

Sebutan bagi awalan سبوتن باݢي اولن

PinyinIPAHuraian
b[p]p yang biasa, seperti dalam "patah"
p[pʰ]p yang kuat, seperti dalam "pit" (bahasa Inggeris)
m[m]sama seperti dalam bahasa Melayu
f[f]sama seperti dalam bahasa Melayu
d[t]t yang biasa, seperti dalam "tangkap"
t[tʰ]t yang kuat, seperti dalam "top" (bahasa Inggeris)
n[n]sama seperti dalam bahasa Melayu
l[l]sama seperti dalam bahasa Melayu
g[k]k yang biasa, seperti dalam "kambing"
k[kʰ]k yang kuat, seperti dalam "kill" (bahasa Inggeris)
h[x]lebih kurang seperti kh dalam khidmat
j[tɕ]lebih kurang seperti c dalam "Cina"; Untuk memperoleh bunyi ini, mula-mula ambil konsonan c tersebut tadi, kemudian alihkan buni ini perlahan-lahan ke arah belakang lidah sehingga bunyi ini tidak dihasilkan di hujung lidah.
q[tɕʰ]kaedah sama seperti awalan j di atas, tetapi lebih kuat
x[ɕ]lebih kurang seperti sy dalam "syiah"; ikuti kaedah dalam huraian awalan j; amat serupa dengan bunyi akhiran bahasa Jerman "ich", bahasa Portugis "enxada", "luxo", "xícara", "puxa"
zh[ʈʂ]lebih kurang seperti c dalam "campak"; Ambil konsonan ini dan gulungkan lidah ke atas.
ch[ʈʂʰ]kaedah sama seperti awalan zh di atas, tetapi lebih kuat
sh[ʂ]lebih kurang seperti sy dalam syarat, tetapi dengan lidah yang digulung ke atas
r[ʐ] atau [ɻ]serupa dengan huruf r dalam "rank" (bahasa Inggeris), tetapi dengan bibir yang kembang dan lidah digulung ke atas
z[ts]lebih kurang seperti ts dalam "sketsa" yang disebut seolah-olah seperti satu konsonan tunggal
c[tsʰ]sama seperti awalan z, tetapi lebih kuat
s[s]sama seperti dalam bahasa Melayu
w[w] atau [u]boleh dianggap seperti medial atau akhiran, dan disebut sebagai w atau u dalam bahasa Melayu
y[j] atau [i]boleh dianggap seperti medial atau akhiran, dan disebut sebagai y atau i dalam bahasa Melayu

Sebutan bagi akhiran سبوتن باݢي اخيرن

Berikut adalah senarai penuh akhiran yang wujud dalam bahasa Mandarin Baku.

Untuk mencari akhiran yang diberi:

  1. Gugurkan konsonan awalan. Bagi zh-, ch-, sh-, kedua-dua huruf perlu digugurkan kerana setiap satunya merupakan gugusan dua huruf bagi satu konsonan tunggal.
  2. Meskipun y- dan w- dalah konsonan namun kedua-duanya boleh dianggap sebagai sebahagian daripada akhiran, maka jangan gugurkannya.
    1. Suku kata yang bermula dengan y- dan w- boleh dianggap sebagai bentuk berdikari bagi akhiran "i, u, ü" dan akhiran yang bermula dengan "i-, u-, ü-".
  3. Jika sesuatu suku kata bermula dengan j-, q-, x-, atau y-, dan akhirannya ialah -u atau bermula dengan -u-, maka ubahkan -u atau -u- menjadi -ü atau -ü-.
PinyinIPABentuk akhiran sahajaHuraian
-i[ɹ̩], [ɻ̩]n/aDipaparkan sebagai "i" selepas: "zh", "ch", "sh", "r", "z", "c" atau "s". Selepas "z", "c" atau "s", bunyinya seperti bunyi "zzz" yang panjang. Selepas "zh", "ch", "sh" atau "r", bunyinya bagaikan bunyi "r" yang panjang dengan lidah bergulung. Dalam sesetengah dialek, sebutannya lebih terbuka sedikit, membolehkan vokal yang kedengaran lebih jelas untuk dikeluarkan (bunyi vokal tinggi di pertengahan mulut, bibir tidak dibulatkan, seperti IPA /ɨ/; sebut 'zzz' dan rendahkan lidah agar bunyi dengungan ini boleh lalu).
a[a]aseperti dalam "abah"
e[ɤ], [ə]elebih kurang seperti dalam "kena", tetapi bibir ditutup sedikit dan vokal "e" dihasilkan dari belakang mulut; Kebanyakan suku kata yang bernada ringan menggunakan schwa (tepat dengan "e" dalam "kena"), tetapi juga ditulis sebagai "e".)
ai[æi]aiseperti dalam "balai"
ei[ei]eiseperti dalam "esei"
ao[ɑu]aolebih kurang seperti dalam "kau"; a lebih kuat didengar berbanding o
ou[ou]ouseperti dalam "so" (bahasa Inggeris), gugusan vokal "o" dan "u"
an[æn]anseperti dalam "anda"
en[ən]enseperti dalam "rendah"
ang[ɑŋ]anglebih kurang seperti dalam "yang", tetapi vokal "a" dihasilkan di belakang lidah
eng[əŋ]englebih kurang seperti dalam "sengkang", tetapi bibir ditutup sedikit dan vokal dihasilkan dari belakang mulut
er[ɐɚ]erlebih kurang seperti dalam "sedar" (hanya wujud sendirinya, atau sebagai bahagian hujung akhiran dalam gabungan dengan suku kata lain — lihat bawah senarai)
Akhrian bermula dengan i- (y-)
i[i]yiseperti dalam "iman", kecuali jika didahului "c", "ch", "r", "s", "sh", "z" atau "zh"
ia[ia]yalebih kurang seperti dalam "kian"
ie[ie]yegugusan i + ê; tetapi amat pendek; e (disebut seperti ê) disebut lebih panjang dan membawa stres tinggi (seperti dalam "yen")
iao[iɑu]yaogugusan i + ao
iu[iou]yougugusan i + ou
ian[iɛn]yangugusan i + ê + n; seperti "yen"
in[in]yinseperti dalam "batin"
iang[iɑŋ]yanggugusan i + ang
ing[iəŋ]yingseperti dalam "pening"
Akhiran bermula dengan u- (w-)
u[u]wuseperti dalam "ulat"
ua[ua]waseperti dalam "luar"
uo, o[uo]wolebih kurang seperti dalam "kuota"; "o" disebut dengan lebih pendek dan ringan berbanding akhiran "o" tunggal tadi
uai[uæi]waiseperti dalam "tuai"
ui[uei]weigugusan u + ei; "i" dalam gugusan ini disebut "ei"
uan[uæn]wanseperti dalam "perempuan"
un[uən]wengugusan u + en
uang[uɑŋ]wanglebih kurang seperti dalam "tuang"
ong[ʊŋ]n/a'lebih kurang seperti dalam "rebung", bagi "u" bibir dibuka sedikit
n/a[uəŋ]wenggugusan u + eng
Awalan bermula dengan ü- (yu-)
ü[y]yuseperti dalam "üben" (bahasa Jerman) atau "lune" (bahasa Perancis); Untuk memperoleh bunyi ini, sebut "i" seperti dalam "ini" dengan bibir dibulatkan)
üe[ye]yuegugusan ü + ê; ü ini hendaklah pendek dan ringan
üan[yɛn]yuangugusan ü + ê+ n;
ün[yn]yungugusan ü + n;
iong[iʊŋ]yonggugusan i + ong;
Kata seru
ê[ɛ](n/a)lebih kurang seperti dalam "berang", tetapi bibir dibuka sedikit. Hanya digunakan dalam sesetengah kata teriakan.
o[ɔ](n/a)lebih kurang seperti dalam "kuota", tetapi bagi bahagian "o" bibir perlu dibuka sedikit.
io[iɔ]yolebih kurang seperti dalam "Tioman", tetapi bagi "o" bibir perlu dibuka sedikit. Hanya digunakan dalam beberapa kata seru.
Akhiran yang merupakan gabungan akhiran di atas + akhiran r1
PinyinIPAHuraian
ar[ɐɚ]seperti ar dalam "art" (bahasa Inggeris Amerika)
er[ɤɚ]gugusan e + r; jangan dikelirukan dengan akhiran er tunggal—bentuk ini hanya wujud dengan adanya awalan sebelumnya
air[ɐɚ]gugusan ar
eir[ɚ]gugusan schwa + r
aor[ɑu˞]gugusan ao + r
our[ou˞]gugusan ou + r
anr[ɐɚ]gugusan ar
enr[ɚ]gugusan schwa + r
angr[ɑ̃ɚ̃]gugusan ang + r, dengan bunyi ng digugurkan dan bunyi vokalnya disengaukan
engr[ɚ̃]gugusan eng + r, dengan bunyi ng digugurkan dan bunyi vokalnya disengaukan
ir[iɚ]gugusan i + schwa + r
ir[ɚ]selepas "c", "ch", "r", "s", "sh", "z", "zh": gugusan schwa + r.
iar[iɐɚ]gugusan i + ar
ier[iɚ]gugusan ie + r
iaor[iɑu˞]gugusan iao + r
iur[iou˞]gugusan iou + r
ianr[iɐɚ]gugusan i + ar
inr[iɚ]gugusan ir
iangr[iɑ̃ɚ̃]gugusan i + angr
ingr[iɚ̃]gugusan i + engr
ur[u˞]gugusan u + r
uar[uɐɚ]gugusan u + ar
uor, or[uoɚ]gugusan uo + r
uair[uɐɚ]gugusan u + ar
uir[uɚ]gugusan u + schwa + r
uanr[uɐɚ]gugusan u + ar
unr[uɚ]gugusan u + schwa + r
uangr[uɑ̃ɚ̃]gugusan u + angr
ongr[ʊ̃˞]gugusan ong + r, dengan bunyi ng digugurkan dan bunyi vokalnya disengaukan
ür[yɚ]gugusan ü + schwa + r
üer[yɚ]gugusan ue + r
üanr[yɐɚ]gugusan ü + ar
ünr[yɚ]gugusan ü + schwa + r
iongr[iʊ̃˞]gugusan i + ongr

1 Bunyi "r" ini hendaklah digulungkan lidahnya.